SANAA 29 Jan. – Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala ramai yang cedera susulan kejadian letupan di bandar pelabuhan Al-Mokha yang dikuasai kerajaan Yamen, semalam.
Bandar pelabuhan yang dahulunya menjadi hab mengeksport kopi kini dikawal ketat oleh pasukan tentera laut Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga sekutu rapat kepada kerajaan Yaman di bawah pimpinan Presiden Abd-Rabbu Mansour Had.
Pegawai tempatan berkata, letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada bom motosikal dan disyaki dilakukan oleh militan Islam seperti al-Qaeda.
Terletak kira-kira 75 kilometer di utara selat Bab Al Mandab dan berjiran dengan Al Khoukha serta Al Heiss, Al-Mokha adalah antara pekan yang ditawan dari pemberontak Huthi sejak peperangan meletus pada tahun 2015 selepas pasukan bersenjata mengusir Hadi untuk hidup dalam buangan di Arab Saudi.
Al-Mokha kini merupakan salah satu pangkalan tentera yang digunakan untuk membekalkan anggota keselamatan dan menguatkan kedudukan pasukan gabungan di bandar pelabuhan Hodeidah. -REUTERS











