DODOMA 29 Jan. – Enam kanak-kanak berusia antara dua hingga sembilan tahun dibunuh dengan kejam apabila mayat mereka dijumpai tanpa telinga dan gigi di selatan barat Tanzania,
BBC melaporkan, beberapa mayat kanak-kanak tersebut juga turut kehilangan anggota badan yang lain.
Pesuruhjaya Daerah Njombe, Ruth Msafiri berkata, pembunuhan tersebut berkaitan dengan kepercayaan tahyul kerana ramai percaya akan mendapat bantuan daripada ilmu sihir.
“Kita menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga supaya berjaga-jaga dan mengajar anak mereka untuk mengenal pasti motif orang di sekeliling mereka,” katanya.
Sehubungan itu, polis telah menahan seorang suspek yang merupakan saudara terdekat kepada tiga mangsa yang dari keluarga sama.
Seramai 10 kanak-kanak dilaporkan hilang di Njombe sejak awal Disember lalu dan hanya empat dijumpai masih hidup.
Kebanyakan mangsa diculik daripada rumah masing-masing pada waktu malam ketika ibu bapa mereka menjual makanan di pasar.
Dilaporkan mereka yang mengamalkan ilmu sihir ini percaya bahawa anggota badan manusia mempunyai ciri khas untuk mendapatkan kekayaan dan kesenangan, -AGENSI











