SST: Ramai tangguh beli ‘motor besar’? - Utusan Malaysia

SST: Ramai tangguh beli ‘motor besar’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENTING HIGHLANDS 28 Jan. – Permintaan terhadap motosikal berkuasa tinggi di pasaran dikatakan terhenti sejak pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), 1 September lalu.

Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., Datuk Jim Khor berkata, keadaan itu berkemungkinan berlaku akibat faktor harga dan syarat pinjaman bank.

“Sejak akhir-akhir ini kami berdepan kesukaran untuk meramalkan pasaran (jualan dan permintaan) motosikal.

“Selalunya selepas membuat ramalan, kami perlu menyesuaikan dengan keadaan pasaran selepas itu.

“Kami bergantung kepada permintaan untuk menentukan pengeluaran, bersesuian dengan keperluan pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran model baharu motosikal Yamaha Tracer 900 GT di sini, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×