Individu keempat jadi korban wabak campak di AS

Individu keempat jadi korban wabak campak di AS

KALI terakhir AS merekodkan jumlah kes campak tertinggi adalah pada 1991, dengan 9,643 kes dilaporkan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan di Pennsylvania mengesahkan kematian keempat yang dikaitkan dengan penyakit campak di bahagian timur Amerika Syarikat (AS).

Penemuan terbaharu itu berlaku ketika negara berkenaan kini sedang berdepan gelombang penularan wabak campak yang boleh dicegah menerusi vaksin pada skala terburuk dalam tempoh beberapa dekad.

Pegawai kesihatan negeri mengesahkan kesemua empat kes kematian yang dilaporkan itu berlaku dalam kalangan individu yang tidak menerima suntikan imunisasi.

Setiausaha Kesihatan Negeri, Debra Bogen menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap keluarga mangsa yang terjejas akibat jangkitan virus yang amat berjangkit itu.

Beliau turut menekankan wilayah Pennsylvania kini secara rasmi sedang berdepan dengan krisis wabak campak yang paling parah dalam tempoh lebih tiga dekad.

Berdasarkan maklumat daripada pemeriksa perubatan tempatan, kes kematian terbaharu itu melibatkan seorang remaja yang berusia 18 tahun.

Korban terbaharu itu menambah bilangan kematian terdahulu yang melibatkan dua bayi yang masih terlalu muda untuk menerima vaksinasi serta seorang dewasa berusia 40 tahun.

Sebelum ini, sebanyak tiga lagi kematian berkaitan wabak campak termasuk dua kanak-kanak telah direkodkan di seluruh AS pada 2025, iaitu semasa penularan gelombang terkini itu mula tercetus.

Insiden kematian di Pennsylvania ini telah mencetuskan pertikaian politik yang hangat antara Gabenor negeri daripada Parti Demokrat, Josh Shapiro dengan Setiausaha Kesihatan pentadbiran Presiden Donald Trump, Robert F. Kennedy Jr.

Shapiro mengecam tindakan Kennedy menerusi hantaran di platform X pada 15 September lalu, dengan mendakwa penentang vaksin itu sengaja menyembunyikan data kematian rasmi daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) manakala jumlah kes di seluruh AS kini melepasi 3,290 kes sejak awal 2026. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×