Maritim patah cubaan seludup dadah RM500,000 - Utusan Malaysia

Maritim patah cubaan seludup dadah RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 27 Jan. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Batu Pahat berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah di kawasan perairan Tanjung Tohor dekat sini pukul 12.10 tengah malam tadi.

Pengarah  Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, bertindak atas maklumat awam dan bot ronda maritim melakukan rondaan dari Batu Pahat ke perairan Muar. 

“Semasa dalam rondaan tersebut bot Maritim Malaysia mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan. 

“Bot tersebut diarahkan untuk berhenti tetapi terus memecut laju dan tidak mengendahkan amaran secara lisan yang diberikan.

“Bot tersebut kemudiannya menuju ke kawasan pokok bakau yang berhampiran dalam usaha untuk meloloskan diri dan suspek terjun ke kawasan bakau tersebut lalu meninggalkan bot gentian kaca ditepi kawasan bakau,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Hasil pemeriksaan di sekeliling bot itu katanya, terdapat sebuah beg yang mengandungi tiga bungkusan plastik disyaki dadah syabu seberat 1 kilogram setiap satu.

Katanya, nilai rampasan barangan tersebut dianggarkan berjumlah RM150,000.

Bot tersebut kemudian dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×