Wajib beri nafkah isteri bekerja - Utusan Malaysia

Wajib beri nafkah isteri bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ada jenis suami yang liat atau tidak mahu memberi nafkah kepada isteri. Alasannya isteri bekerja. Lebih-lebih lagi jika pangkat isteri lebih besar daripada suami. Pekerjaan isteri lebih hebat daripada suami. Apa hukumnya dalam syarak ustaz? – JEE, Shah Alam

UKE: Suami wajib memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri bekerja. Malah jika pendapatan isteri lebih besar daripada suami sekalipun, pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan si suami. Apabila si suami tidak mampu sepenuhnya maka bolehlah si isteri membantu dalam urusan perbelanjaan rumah tangga.

Allah berfirman:”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah An-Nisa’: 34)

Menyedihkan apabila terdapat suami yang hanya membayar belanja dapur tetapi tidak memberi pula belanja nafkah peribadi kepada si isteri dengan beranggapan telah membayar belanja dapur.

Bagi suami, anda hendaklah melayan isteri dengan baik dan salah satu bentuk layanan yang baik adalah menyempurnakan nafkah kepada isteri.

Meskipun isteri bekerja namun suami tetap perlu memberi nafkah kepada isterinya melainkan jika si isteri tidak lagi menuntut atau menghalalkannya.

Isteri hanya membantu mencukupkan belanja rumah tangga apabila suami sudah tidak mampu dan bukannya isteri menanggung perbelanjaan rumah tangga dengan alasan isteri bekerja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×