[VIDEO] Selangor lancar jersi bahru - Utusan Malaysia

[VIDEO] Selangor lancar jersi bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tanda tanya jersi ‘home’ dan ‘away’ Selangor bagi saingan Liga Malaysia 2019 akhirnya terjawab selepas majlis perasmiannya telah berlangsung di Sunway Resort & Spa, Bandar Sunway sebentar tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah penantian penyokong kini sudah terjawab untuk melihat wajah baharu Selangor musim 2019.

“Saat-saat yang ditunggu hari ini sudah terjawab untuk melihat jersi rasmi Selangor 2019.

“Terima kasih kepada penyokong, dan pastinya tahun ini kita dapat menarik lebih ramai datang ke stadium,” titah baginda.

Ketiga-tiga jersi yang dikeluarkan Joma mempunyai dua edisi bagi memenuhi kemampuan setiap penyokong Selangor.

Jersi edisi pemain telah ditetapkan dengan harga RM99 sementara bagi edisi penyokong pula RM49.

Sementara pemegang Red Giants Team Card bakal mendapat diskaun 10 peratus ke atas semua barangan rasmi yang dijual di outlet rasmi pasukan Selangor di Stadium Shah Alam bermula perlawanan pertama nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×