Polis kesan ibu bapa, rakan Jho Low - Utusan Malaysia

Polis kesan ibu bapa, rakan Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jan.- Ibu bapa kepada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, antara empat individu yang sedang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain mereka, dua lagi yang diburu ialah rakan kepada ahli perniagaan tersebut di mana salah seorangnya merupakan warga Singapura.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,  bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, 66, dan ibunya, Goh Gaik Ewe, 66, beralamat terakhir di No 69, Tanjung Bunga Park, Pulau Pinang.

Ujarnya, dua lagi rakannya iaitu Tan Kim Loong, 40, dan Shabnam Naraindas Daswani atau Natasha Mirpuri, 54, masing-masing dikatakan berada di alamat terakhir  No, 20 M, Jalan 5/4, Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur dan No. 19, Parkstone Road, Singapura.

“Sehubungan itu, PDRM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu berkenaan untuk tampil menghubungi pegawai Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Superintenden Foo Wei Min di talian 03-26101402 atau Deputi Superintenden Albany Hamzah di talian 019-2412826.

“Selain itu, mereka yang mempunyai maklumat juga boleh berhubung dengan Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman dan mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×