Yakult tetap taja Kelantan tanpa Suzuki - Utusan Malaysia

Yakult tetap taja Kelantan tanpa Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 25 Jan. – Syarikat pengeluar minuman probiotik Yakult (M) Sdn. Bhd tetap meneruskan tajaan pasukan Kelantan biarpun tanpa kehadiran bintang import dari Jepun, Yuta Suzuki.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada, berkata, Yakult berlapang dada dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak mahu menggunakan khidmat Suzuki untuk saingan Liga Perdana musim ini.

Menurutnya, langkah menaja pemain import dilakukan Yakult dengan niat murni membantu kewangan Kafa sebagai memperkuatkan pasukan.

“Mengikut laporan dari pengarah teknikal The Red Warriors (TRW)

Jorg Peter Steinebrunner, Suzuki tidak menepati ciri-ciri pemain import yang diperlukan.

“Jadi Yakult menghormati keputusan dibuat oleh Kafa dan memilih untuk meneruskan tajaan tanpa melibatkan pakej pemain import,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Untuk rekod Yakult telah menjadi penaja TRW sejak tahun 2017.

Bukan itu sahaja, Yakult turut menjadi penaja rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara (ISN)

Setiap botol Yakult yang terjual akan di sumbangkan satu sen kepada pembangunan bola sepak negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×