180 pelajar Aimst, sekolah sertai kempen alam sekitar - Utusan Malaysia

180 pelajar Aimst, sekolah sertai kempen alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK 24 Jan. – Seramai 180 orang peserta, termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Muda telah menyertai Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Hidupan Liar di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Aimst) Merbok di sini, hari ini.

Mohd. Baidi Bahari (kiri) merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Hidupan Liar di Institut Peru
Mohd. Baidi Bahari (kiri) merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Hidupan Liar di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Aimst) Merbok, Kedah, hari ini. – UTUSAN ONLINE/Abd. Razak Osman

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Aimst, Prof. Dr. Mohd. Baidi Bahari berkata, kempen yang julung-julung kali diadakan itu, dianjurkan pelajar-pelajar tahun pertama Sarjana Muda Sains Bioteknologi dan Bioinfomatik universiti itu, di bawah penyeliaan Pensyarah Fakulti Sains Gunaan, K. Nithianantham dan A. Ramitha.

“Tujuan diadakan kempen ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan hidupan liar dan alam sekitar kepada generasi muda.

“Semasa berada di sini, peserta berpeluang mendengar ceramah Dr. D. Sabapathy daripada Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen itu.

Menurut beliau, pihaknya mendapat kerjasama daripada Ketua Cawangan Zoologi Bahagian Biodiversiti Hutan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Mohammed Azman Shahfiz Azman yang membuat pameran tentang hidupan liar manakala Syarikat Aliran Utara Sdn. Bhd pula menaja acara berkenaan.

Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Gunaan, Prof. Dr. M. Ravichandran pula berkata, kempen yang diadakan tersebut boleh dijadikan panduan dalam usaha menjaga alam sekitar dan hidupan liar secara lebih serius. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×