PARIS 21 Jan. – Kira-kira dua maut manakala 25 lagi cedera dalam insiden kebakaran di resort ski Courchevel di Banjaran Alps semalam.
Lapor BBC, kebakaran berlaku awal pagi di tiga bangunan yang menempatkan pekerja bermusim.
Seramai 70 bomba bergelut untuk memadamkan kebakaran.
Punca kebakaran belum dapat dipastikan lagi.










