Ribuan penduduk Colombia berarak tuntut keamanan - Utusan Malaysia

Ribuan penduduk Colombia berarak tuntut keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA 21 Jan. – Ribuan orang di seluruh negara ini berkumpul di jalanan bagi menuntut keamanan selain melaungkan kata-kata ‘tidak untuk keganasan’.

Lapor BBC, protes berkenaan dilakukan selepas 20 kadet polis terbunuh dalam serangan bom kereta di ibu kota baru-baru ini.

Presiden, Iran Duque turut mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Duque menuduh Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) merupakan dalang dalam insiden terbabit dan menolak sebarang rundingan damai dengan kumpulan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×