Tun Mahathir kunjungi Canselor Republik Austria - Utusan Malaysia

Tun Mahathir kunjungi Canselor Republik Austria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Canselor Republik Austria, Sebastian Kurz di Federal Chancellery di sini hari ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, Duta Malaysia di Austria, Datuk Ganeson Sivagurunathan dan tiga pegawai kanan Malaysia.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu untuk bertukar-tukar pendapat dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Austria, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, sains dan teknologi, pelancongan selain isu serantau serta antarabangsa membabitkan kepentingan bersama. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×