CINCINNATI, Ohio – Firma gergasi Procter & Gamble (P&G) yang mengeluarkan produk penjagaan diri seperti Ariel dan Pantene telah memperkenalkan produk larut air yang mampu menggantikan botol plastik pada masa depan .
Prototaip produk dikenali sebagai DS3 itu terdiri daripada beberapa ketulan bahan pencuci sebesar uncang teh yang larut air dan bukan lagi disimpan dalam botol syampu plastik.
Pengguna hanya perlu mengambil satu kepingan DS3 berbentuk segi empat dan mengalirkan air pada permukaannya untuk melarutkan pepejal itu menjadi buih cucian.
Pelbagai produk penjagaan diri lain termasuk pencuci tangan dan gel mandian serta produk pencuci tandas mahupun sabun basuh baju turut dikeluarkan dalam bentuk kepingan DS3 yang telah dipatenkan oleh P&G sejak 10 tahun lalu.
P&G mungkin akan menggunakan konsep sama untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam barangan kegunaan harian secara drastik kelak. – Agensi










