Ceramah BN, Pas dapat sambutan - Utusan Malaysia

Ceramah BN, Pas dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 21 Jan. – Selepas sembilan hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK)
Parlimen Cameron Highlands, sokongan terhadap Barisan Nasional (BN)
semakin meningkat terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.

Ini terbukti apabila lebih 3,000 menghadiri ceramah BN dan Pas di Dataran Sungai Koyan di sini semalam.

Ini berbeza dengan ceramah Pakatan Harapan (PH) yang terletak berhampiran dengan tapak ceramah BN dan Pas, yang hanya dihadiri kira-kira 100 orang.

Meskipun terpaksa duduk di atas tar, orang ramai tetap tidak berganjak 
dari tempat duduk apabila mendengar ceramah yang disampaikan oleh  
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Timbalan Presiden 
UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Amanat dan pesanan supaya umat Islam bersatu padu tidak mengira sama ada Pas atau UMNO yang dilaungkan Hadi disambut dengan laungan Allahu Akbar.

Gesaan Hadi supaya mereka  turun mengundi mendapat respon positif  termasuklah jeritan yang sanggup berjalan kaki untuk mengundi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×