Calon BN lapor polis kes PH guna kenderaan kerajaan - Utusan Malaysia

Calon BN lapor polis kes PH guna kenderaan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 21 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor
telah membuat laporan polis mengenai kes dua lelaki memakai baju Pakatan Harapan (PH) yang dikesan menggunakan kenderaan kerajaan untuk melakukan tugasan parti dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, laporan telah dibuat pagi ini di Balai Polis Sungai Koyan.

“Laporan polis telah dibuat oleh calon (BN) yang datang ke balai polis bersama peguam jadi perkara ini dalam tindakan polis, kita tunggu (siasatan).

“Bagi saya perkara ini (guna kenderaa kerajaan) tak sepatutnya berlaku namun keadaan terkawal,” katanya selepas merasmikan Dewan Arabellia di Tanah Rata di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kedua-dua lelaki tersebut mempunyai logo Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang disembunyikan di bawah bendera parti Pakatan Harapan 
dan Jalur Gemilang.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Cameron Highlands yang kini sedang berlangsung Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×