[VIDEO] Arak seludup RM1.6 juta dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Arak seludup RM1.6 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Polis merampas sejumlah arak seludup bernilai RM1.6 juta dalam satu serbuan di sebuah kilang di Jalan BK 1/13, Kawasan Perindustrian Kinrara, Bandar Kinrara di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, menerusi serbuan tersebut, sebanyak sembilan lelaki terdiri daripada empat warga tempatan dan lima warga Myanmar turut ditahan.

“Serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu dijalankan Bahagian Perisikan/Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan KDNKA hasil maklumat diterima daripada orang awam.

“Selain 553 kotak minuman keras pelbagai jenama, kita turut merampas dua buah lori, dua kereta, sebuah forklift dan 2,000 keping setem duti Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bukit Jalil di sini hari ini.

Menurut Acryl Sani, kesemua suspek berusia antara 26 hingga 57 tahun ditahan reman bermula semalam Rabu untuk disiasat mengikut Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×