Liridon ‘singgah’ ke Melaka United - Utusan Malaysia

Liridon ‘singgah’ ke Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAH pemain import sensasi kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi terus menjadi tanda tanya memandangkan kelibatnya dilihat menjalani sesi latihan pramusim bersama Melaka United pada Jumaat lepas.

Selepas mencuri perhatian pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, Me­laka United dianggap berpotensi menjadi destinasi baharu pemain berusia 27 tahun itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi (gambar kecil) mengesahkan sangat minat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain tengah pasukan Kedah itu tetapi perlu mendapat ‘lampu hijau’ daripada pengurusan terlebih dahulu.

“Liridon telah menjalani sesi latihan bersama pasukan semalam, tetapi segalanya masih pada peringkat ujian. Kami masih belum menandatangani­nya kerana perlu mendapat penilaian daripada jurulatih, Zainal Abidin Hassan terlebih dulu.

“Malah, ia juga bergantung kepada kelulusan Presiden MUSA, Adly Zahari untuk memuktamad­kan kedudukan Liridon dalam pasukan Melaka United musim ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Mohd. Yusoff ditemui ketika merasmikan Majlis Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) penggal 2019-2021 di Ampang semalam.

Mohd. Yusoff mengakui, konflik di luar padang melibatkan Liridon dan penolong jurulatih Melaka United, Mohd. Nidzam Adha ketika bersama Kedah sebelum ini boleh diselesaikan secara profesional.

“Saya ada dengar masalah dalaman melibatkan Nidzam dan Liridon tetapi saya percaya ia akan diselesaikan dengan baik sekiranya kami menandatanganinya nanti,” katanya.

Difahamkan, Liridon mencari pasukan baharu pada saingan Liga M kerana berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan selaku pemain naturalisasi baharu buat Harimau Malaya memandangkan sudah bersama pasukan Kedah selama empat musim sebelum ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa menetapkan syarat mana-mana pemain yang mahu bertukar kerakyatan perlu bermastautin selama lima tahun di negara berkenaan seperti yang dilakukan oleh pemain Pahang, Mohamadou Sumareh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×