21 maut, 71 cedera parah paip minyak meletup - Utusan Malaysia

21 maut, 71 cedera parah paip minyak meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TLAHUELILPAN  19 Jan. – Sekurang-kurangnya 21 terbunuh manakala 71 lagi cedera parah apabila sebuah saluran paip minyak haram meletup di Tlahuelilpan, kira-kira 105 kilometer (km) dari bandar Mexico, di sini hari ini.

AFP melaporkan, Gabenor Hidalgo, Omar Fayad memberitahu, ketika kejadian orang ramai dikatakan sedang berebut-rebut untuk mengambil minyak yang bocor daripada paip tersebut.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador yang menyatakan kebimbangan di Twitternya turut meminta pihak penguasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pengoperasian saluran paip minyak haram itu berikutan kerajaan kehilangan sumber pendapatan negara dalam skala yang besar. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×