PRK Cameron Highlands: Pertemuan dua calon berlangsung dalam harmoni - Utusan Malaysia

PRK Cameron Highlands: Pertemuan dua calon berlangsung dalam harmoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS – Pertemuan dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands antara calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor dan calon bebas, Wong Seng Yee di medan selera di Ringlet di sini berlangsung dalam keadaan harmoni.

Ramli berkata, dia tidak menyangka akan berjumpa di lokasi sama ketika mengadakan kempen berjumpa dengan orang ramai selain menyebarkan risalah kempen masing-masing.

“Suasanya sangat baik, harmoni dan mesra. Calon bebas dan orang-orang di Ringlet ini semuanya kawan-kawan saya, malahan saya juga orang sini.

“Ramai penduduk di sini kawan-kawan saya sejak kecil. Jadi saya tidak kekok bersama mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Ringlet di sini hari ini.

Sementara itu, Seng Yee menjelaskan, mereka berdua hanya bersaing sepanjang tempoh berkempen untuk memenangi hati pengundi di Cameron Highlands.

“Kami ‘berperang’ seminggu dua ini sahaja dan lepas PRK ini kami berkawan macam biasa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×