Lokman dakwa PH mahu beli kad pengenalan Orang Asli - Utusan Malaysia

Lokman dakwa PH mahu beli kad pengenalan Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 19 Jan. – Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik kotor dengan membeli kad pengenalan pengundi Orang Asli supaya mereka tidak boleh pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Menurutnya, PH dikatakan akan membeli kad pengenalan penduduk di empat buah pos masyarakat Orang Asli dan memegang kad pengenalan tersebut.

“Kita menerima maklumat kira-kira 2,000 kad pengenalan mereka (Orang Asli) akan dibeli dan dipegang oleh PH supaya mereka tidak dapat turun mengundi.

“Oleh itu, kita akan hantar petugas-petugas di Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang disyaki berlaku perkara ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Keledek di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×