Peng Soon-Liu Ying kandas di separuh akhir - Utusan Malaysia

Peng Soon-Liu Ying kandas di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal meneruskan misi memburu kejuaraan kedua musim ini selepas terkandas di separuh akhir kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 500 Malaysia Masters, hari ini.

PASANGAN beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon (kiri), Goh Liu Ying terpaksa akur apabila perjuangan mereka dalam Malaysia Masters terkandas di peringkat separuh akhir. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Mereka yang berjaya merangkul kejuaraan Thailand Masters, minggu lalu tewas kepada pilihan utama dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Hisgashino 15-21, 21-7, 14-21.

Peng Soon mengakui, perlawanan hari ini agak sukar buat mereka kerana kepenatan selain hilang fokus semasa beraksi di dalam gelanggang.

“Mereka bermain dengan baik hari ini dan kami agak hilang fokus semasa beraksi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×