Kerajaan negeri terus bantu ibu tunggal - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri terus bantu ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 19 Jan. – Kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan nasib ibu tunggal malah akan meneruskan usaha membantu golongan itu bagi memastikan nasib dan masa depan mereka sentiasa terbela.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, usaha membantu golongan itu akan dipergiat dan tidak akan terbantut meskipun kerajaan Persekutuan dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).

“Memang kita sentiasa memberi tumpuan bagi membantu ibu tunggal ini cuma ia tidak diuar-uarkan sebab bukan dalam bentuk bantuan bulanan dan tidak berbentuk geran khusus.

“Kita tengok dari satu kes ke satu kes, sekiranya mereka memerlukan, bantuan seperti bantuan anak sekolah, menghidap sakit kronik malah bantuan keusahawanan kita bantu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama ibu tunggal di Felda Sungai Koyan 2 di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini terdapat kira-kira 20,000 ibu tunggal yang berdaftar di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×