Bukti BN bela nasib Orang Asli - Utusan Malaysia

Bukti BN bela nasib Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 18 JAN. Pembangunan semula perkampungan Orang Asli di Kampung Sungai Ruil di sini yang menelan kos RM44 juta bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini tidak meminggirkan kaum tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek berkenaan sangat istimewa buat Orang Asli kerana dibangunkan selepas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan tujuh nyawa pada 2011.

Menurutnya, beliau meluluskan peruntukan projek perumahan tersebut untuk dibangunkan semula dan beliau juga yang melancarkan projek tersebut kemudiannya.

“Ini merupakan satu projek yang sangat istimewa untuk masyarakat Orang Asli bukan sahaja kosnya besar RM44 juta, tapi setiap unit diberikan secara percuma malah tanah dikurniakan oleh kerajaan negeri secara percuma.

“Ini kali kedua saya datang selepas saya melancarkannya dan saya yang meluluskan peruntukannya. Kini nilai satu unit rumah di sini RM400,000,” katanya selepas melawat perkampungan tersebut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×