Penyokong teruja lihat kelibat 'Orang Besi' - Utusan Malaysia

Penyokong teruja lihat kelibat ‘Orang Besi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Jan. – Penyerang import dari Nigeria, Dickson Nwakaeme dikerumuni penyokong setia Tok Gajah sebaik sahaj selesai sesi latihan skuad Tok Gajah di Taman Gelora, di sini petang ini.

Berita kembalinya bekas penyerang sensasi Tok Gajah pada musim 2014 dan 2015 itu yang tersebar sejak malam tadi membuatkan ramai penyokong hadir untuk menyaksikan kelibatnya.

Nwakaeme yang tiba di Kuantan pagi tadi terus menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah pada sebelah petang.

Sebaik sahaja selesai sesi latihan, Nwakaeme dikerumuni oleh orang ramai yang ingin mengucapkan selamat kembali ke bersama Pahang musim ini.

Para penyokong rata-rata tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemain berusia 33 tahun itu.

Difahamkan, bekas pemain Angers SCO itu perlu menjalani sesi pemilihan dahulu seperti awang import lain.

Semalam, Utusan Online menyiarkan berita Nwakaeme akan kembali menyarung jersi skuad Tok Gajah musim ini berikuta dua klip video yang dimuat naiknya menerusi Intsa Story di Instagramnya.

Video pertama menunjukkan Nwakaeme memandu keretanya dengan memakai jersi pasukan Pahang edisi 2015 bersama kasut bola dan menuju ke padang untuk menjalani latihan berhampiran rumahnya di Nigeria.

Video berdurasi sembilan minit 20 saat itu menyaksikan Nwakaeme bertutur dalam bahasa Melayu dengan mempelawa jurulatih Pahang, Dollah Salleh bermain bola bersamanya.

Video kedua berdurasi 39 minit 34 saat pula menyaksikan Nwakaeme berenang dan berehat selepas menjalani latihan sambil berinteraksi menerusi panggilan video bersama beberapa penyokong Tok Gajah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×