Bimbang tragedi berlaku di laluan ERL - Utusan Malaysia

Bimbang tragedi berlaku di laluan ERL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU
ini saya menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Seremban ke Kuala Lumpur. Sebelum menghampiri tapak lama Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi, saya dapat melihat dengan jelas di bawah laluan Express Rail Link (ERL) ada sebuah kuil yang sentiasa mengadakan aktiviti keagamaan.

Oleh kerana laluan ERL menggunakan kuasa elektrik yang kuat, kemungkinan tercetusnya letupan dan kebakaran yang tidak terkawal adalah tinggi disebabkan aktiviti keagamaan tersebut menggunakan api sebagai bahan pemujaan.

Oleh itu, adalah baiknya pihak berkuasa melihat perkara ini dari perspektif keselamatan penumpang ERL terutama pelancong asing. Tragedi yang terjadi sudah tentu akan ditularkan di seluruh dunia yang boleh menjejaskan imej Malaysia.

TENGKU MAN

Senawang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×