MBSA tunda, kompaun kenderaan berat - Utusan Malaysia

MBSA tunda, kompaun kenderaan berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Jan. – Peringatan kepada sesiapa yang meletakkan kenderaan berat di bahu jalan, kawasan kediaman dan rizab jalan. Kenderaan anda bukan sahaja akan ditunda malah dikenakan denda.

Menerusi Operasi Bersepadu Menunda Kenderaan Berat oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen U13 di sini semalam, sebuah bas dan sebuah lori disita.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, operasi tersebut turut melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Penundaan kenderaan berat ini dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi kenderaan berat yang tidak dialihkan, selain ditunda kompaun sebanyak RM2,300 turut dikenakan manakala caj simpanan di depoh adalah sebanyak RM50 sehari,” katanya di sini, hari ini.

Operasi tersebut akan diadakan secara berkala oleh MBSA bagi memantau masalah kenderaan berat yang diletakkan di kawasan awam sehingga mengganggu lalu lintas.

Kenderaan berat tersebut turut mengakibatkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan kediaman khususnya pangsapuri selain merosakkan kawasan hijau atau rizab, menghalang lalu lintas serta mengehadkan pemandangan akibat saiz yang besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×