Pekerja kedai makan maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pekerja kedai makan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang pekerja kedai makan terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan lori berhampiran Kilang Sawit Felda Padang Piol, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.00 tengah hari itu, Hasnah Che Ibrahim, 52, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss CT 100 untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gajah Mati, di sini. 

Mangsa dipercayai hendak melintas jalan sebelum dilanggar oleh sebuah lori tiga tan yang datang dari arah Kuala Tahan.

Anak mangsa, Mohd Amirul Azmi, 29, berkata, ibunya bekerja di sebuah kedai makan di tepi kilang tersebut dan ingin pulang ke rumah pada waktu rehat.

“Saya terkejut apabila menerima berita ibu kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ibu baru tiga hari bekerja di kedai makan tersebut dan dia akan pulang ke rumah pada waktu rehat,” katanya kepada Kosmo!

Menurutnya, dia sekeluarga bercadang untuk meraikan ulang tahun ibunya ke-52 pada Ahad ini.

“Kami tidak sempat meraikannya kerana ibu telah pergi buat selama-lamanya dan kami semua reda dengan takdir Allah,” ujarnya.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Kampung Gajah Mati. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×