Malaysia senada Singapura tangguh mesyuarat JMCIM - Utusan Malaysia

Malaysia senada Singapura tangguh mesyuarat JMCIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH RATA 12 Jan. – Malaysia senada dengan Singapura untuk menangguhkan Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) ke-14 yang dijadualkan berlangsung Isnin ini, buat sementara waktu.

Menteri Hal Eh­wal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sepatutnya mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan menarik perhatian bahawa ia ekoran beberapa isu mesyuarat itu berkait rapat dengan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala antara Menteri Luar kedua-dua negara Selasa lepas.

Katanya, beliau akan me­ngadakan pertemuan bersama Menteri Luar Singapura, Vivi­an Balakrishnan dan Menteri Pembangunan Nasional republik itu Lawrence Wong, esok dan Isnin ini, bagi perhalusi lebih lanjut perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala itu, sebelum dibawa ke mesyuarat JMCIM seterusnya.

“Oleh kerana mesyuarat itu (dua hala kementerian luar) baru sahaja berlangsung dan kedua-dua negara keluarkan satu kenyataan bersama yang cukup positif, maka saya tak nak ganggu proses perbinca­ngan itu dengan adanya JMCIM.

“Maka eloklah kita tangguhkan dahulu,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Came­ron Highlands di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Beberapa portal media sebelum ini melaporkan mesyuarat JMCIM kini menjadi tidak menentu selepas sebuah kapal Jabatan Marin Malaysia yang membawa Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dikatakan belayar menghampiri kawasan perairan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara, Rabu.

Beberapa laporan mengatakan Singapura bertindak balas dengan menghantar beberapa kapal ke kawasan di luar Pelabuhan Tanjung Pelepas itu, di samping menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap insiden berkenaan.

Susulan insiden itu. Kementerian Luar Singapura mengeluar­kan kenyataan hari ini mengatakan bahawa pencerobohan di kawasan perairan Sindapura di luar Tuas itu menjadikan me­syuarat JMCIM ke-14 tidak dapat diadakan, sekaligus mencadangkan supaya mesyuarat itu ditangguhkan dan ia dipersetujui Malaysia.

Ditanya sama ada dakwaan pencerobohan itu menjejaskan hubungan kedua-dua negara, Mohamed Azmin tegas mengatakan tidak.

“Kementerian Luar kedua-dua negara mengambil satu sikap terbuka untuk pastikan semua isu perairan, maritim dan sempadan perairan diputuskan secara muafakat dan baik,” katanya.– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×