Anggota bomba maut kemalangan - Utusan Malaysia

Anggota bomba maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Jan. – Seorang anggota bomba bantuan di Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah Proton Gen2 di Jalan Desaru-Punggai, Pengerang dekat Kota Tinggi, kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mangsa, Pegawai Bomba Bantuan Mohd. Syafiq Md. Yunos, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Punggai, Pengerang, selepas selesai bertugas.

Menurutnya, sejurus menerima laporan pada 8.59 malam, seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar bersama-sama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang mengalami patah kaki dan putus pergelangan tangan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pada pukul 2.15 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu kereta Proton Gen2, seorang lelaki bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitenden Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian kemalangan itu pada 9.30 malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×