‘Orang dalam gambar itu bukan saya’ - Utusan Malaysia

‘Orang dalam gambar itu bukan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Bek kiri Harimau Malaya, Muhammad Syazwan Andik Mohd. Ishak menafikan gambar pemain yang sedang menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tular di media sosial adalah dirinya.

“Orang lain tu,” jelasnya ringkas ketika ditanya tentang gambar tersebut.

Syazwan, 23, sebalik­nya menegaskan, dia belum membuat keputusan pasukan mana mahu diwakili dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini biarpun saingan bakal membuka tirai pada 2 Februari.

“Belum sain kontrak apa lagi, tidak tahu belum pasti (ke JDT). Lebih baik berdiam, tidak mahu kecoh nanti lagi pening.

“Ada tawaran tetapi saya tengah fikir lagi.

“Dalam minggu depan saya akan maklumkan beraksi untuk pasukan mana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun, Syazwan mengakui, dia sememang­nya mahu meninggalkan skuad The City Boys kerana kontraknya bersama Persa­tuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terbatal selepas gajinya tidak dibayar dua bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×