Lokman Noor Adam ditahan bawah Akta Hasutan - Utusan Malaysia

Lokman Noor Adam ditahan bawah Akta Hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam dilaporkan ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Setiausaha Pemantau Malaysia Baru, Lisa Yahaya berkata, sebelum ditahan, Lokman diminta hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira pukul 2 petang untuk memberi keterangan berhubung satu video bertajuk ‘Kerajaan PH Cuba Melindungi Pembunuh Muhammad Adib’.

“Selepas selesai beri keterangan, Lokman diberitahu dia perlu ditahan di bawah Seksyan 4(1) Akta Hasutan sebelum di bawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 10 malam.

“Lokman telah diarahkan bermalam di lokap IPD Dang Wangi dan berkemungkinan akan dibebaskan esok (pagi ini) pada pukul 9 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×