Pasport Jepun paling berkuasa 2019 - Utusan Malaysia

Pasport Jepun paling berkuasa 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 10 Jan. – Jepun sekali lagi mengekalkan kedudukan teratas dalam Indeks Pasport Henley 2019 sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia.

CNN melaporkan, Jepun mengekalkan kedudukan pertamanya dalam indeks berkenaan selepas pasport negara itu membolehkan rakyatnya melawat 190 negara tanpa memerlukan visa. 

Malah, pasport Jepun turut dinobatkan sebagai dokumen perjalanan paling mesra di dunia oleh kerana akses pasport itu ke 190 buah negara di dunia.

Pengasas dan Pengurus bersama FutureMap, Parag Khanna memberitahu Henley & Partners, berdasarkan senarai itu, keba­nyakan negara Asia berada di senarai teratas indeks tersebut.

“Ini menunjukkan kebanyakan negara Asia mengekalkan tahap keselesaan yang tinggi dengan penghijrahan ekonomi yang saling menguntungkan,” katanya.

Tahun lalu, Jepun mengetepikan Si­nga­pu­ra untuk berada di kedudukan pertama indeks Henley & Partners yang disemak secara suku tahunan.

Dalam pada itu, Singapura kekal di tangga kedua dengan akses tanpa visa ke 189 negara dan berkongsi kedudukan itu dengan Korea Selatan ketika Jerman dan Perancis berada di tangga ketiga.

Senarai itu diikuti oleh Denmark, Finland, Itali dan Sweden dengan akses ke 187 negara.

Pada masa sama, China me­lonjak 20 anak tangga ke tangga 69 berbanding 85, dua tahun lalu.

Sementara itu, menurut laporan Indeks Pasport Henley 2019 yang disiarkan di laman web rasmi mereka, Malaysia berada di tangga ke-12 dengan akses ke 179 buah negara.  

Sementara itu, Palestin, Erit­rea, Yemen, Pakistan, Somalia, Syria, Afghanistan dan Iran berada dalam kedudukan terendah indeks berkenaan dengan kurang daripada 40 destinasi boleh dikunjungi rak­yatnya.

Indeks Pasport Henley merekodkan kedudukan pasport negara dunia berdasarkan jumlah negara yang boleh dikunjungi rakyat masing-masing tanpa visa. 

Berikut disenaraikan kedudukan 10 teratas negara dengan pasport paling berkuasa di dunia 2019:

1. Jepun (190 negara)

2. Singapura, Korea Selatan (189)

3. Perancis, Jerman (188)

4. Denmark, Finland, Itali, Sweden (187)

5. Luxembourg, Sepanyol (186)

6. Austria, Belanda, Norway, Portugal, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat (185)

7. Belgium, Kanada, Greece, Ireland (184)

8. Republik Czech (183)

9. Malta (182)

10. Australia, Iceland, New Zealand (181)-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×