KUALA LUMPUR – Rata-rata murid sekolah rendah memilih kasut hitam sebagai kasut pilihan untuk sesi persekolahan tahun ini yang bermula hari ini.
Tinjauan Kosmo! di Sekolah Rendah Taman Tun Dr. Ismail, di sini mendapati kasut hitam menjadi kegemaran majoriti pelajar terutama murid darjah satu.
Seorang ibu kepada pelajar yang mendaftar bersekolah di sini, Rifqah Abd. Muis, 35, berkata, dia lebih suka menggunakan kasut hitam untuk anaknya kerana tidak mudah kotor.
“Anak saya, Ahmad Norman Adha turut bersekolah agama selepas sesi sekolah kebangsaan. Jadi memakai kasut hitam lebih tahan dan tidak mudah kotor untuk kedua-dua sesi persekolahan.
“Harganya juga lebih kurang sama dengan kasut putih,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas pendaftaran pelajar darjah satu di sini pagi tadi. – K! ONLINE











