Padah kacau tunangan orang - Utusan Malaysia

Padah kacau tunangan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Tindakan nekad seorang lelaki warga Nepal yang mengunjungi rumah rakan wanita­nya yang juga tuna­ngan orang pada waktu subuh membawa padah apa­bila dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Mayang Pasir di sini sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu, mayat mangsa dikenali Bot Sandip, 24, yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Bukit Jambul di sini ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah pada muka.

Difahamkan, mangsa te­lah datang ke rumah wanita tempatan itu yang bekerja sebagai jurujual di pasar raya yang sama pada pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis ­Da­e­­­rah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan ber­kata, sekitar pukul 5 pagi, seorang le­laki yang juga tunang kepada wa­nita itu telah datang ke rumah berkenaan menyebabkan ­mangsa cuba melarikan diri.

“Terkejut dengan keha­diran tunang wanita itu, mangsa bertindak melarikan diri ke arah dapur belakang rumah sebelum membuka pintu sliding dapur yang tidak berjeriji.

“Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat empat kediaman berkenaan,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×