Tun M tolak jadi PM sehingga PRU-15 - Utusan Malaysia

Tun M tolak jadi PM sehingga PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan pendirian untuk tidak memegang jawatan Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya, beliau tidak akan melanggar janji untuk memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan itu selama dua tahun seperti yang dipersetujui sebelum ini.

“Macam-macam orang ada pendapat. Mereka ada pendapat masing-masing. Ramai (perwakilan) yang berdiri.

“Lagipun itu pendapat mereka (perwakilan). Tetapi kena pegang kepada janji,” katanya selepas menghadiri sesi perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai usul beberapa perwakilan negeri Bersatu pagi tadi yang mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya sehingga PRU-15.

Kosmo! Online semalam melaporkan usul beberapa perwakilan negeri yang akan mencadangkan Pengerusi Bersatu itu kekal sebagai Perdana Menteri dalam sesi perbahasan PAT pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×