PUTRAJAYA 30 Dis.- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat pusat media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu meluangkan masa kira-kira 10 minit beramah mesra bersama para media yang membuat liputan perhimpunan itu.
Beliau juga mengambil peluang beramah bersama para petugas Utusan Malaysia dan Kosmo! serta sempat membaca liputan perhimpunan dalam akhbar Mingguan Malaysia.
Turut melawat pusat media, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri. – UTUSAN ONLINE










