Rapid KL, KTM Komuter lanjut operasi sempena tahun baru 2019 - Utusan Malaysia

Rapid KL, KTM Komuter lanjut operasi sempena tahun baru 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan sistem rel transit dan bas Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi pada malam esok, bagi memenuhi keperluan orang ramai yang akan menghadiri sambutan ambang Tahun Baru 2019.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini berkata, lanjutan perkhidmatan itu akan melibatkan 14 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bas Rapid Transit (BRT) serta 15 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

“Stesen LRT KLCC dan stesen LRT Masjid Jamek dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi manakala 13 stesen lain iaitu LRT Pasar Seni, LRT Ampang Park, LRT USJ7, LRT Maluri, Monorel Bukit Bintang, MRT Cochrane, MRT Maluri, MRT Mutiara Damansara, MRT Pasar Seni, BRT Sunway Lagoon dan BRT Setia Jaya akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi .

“Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan,” kata kenyataan itu.

Rapid KL turut melanjutkan perkhidmatan bas henti-henti dan bas perantara MRT bagi laluan terpilih selama 30 minit selepas berakhirnya perkhidmatan tren. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×