Acara perbarisan dahului Hari Terakhir PAT Barsatu 2018 - Utusan Malaysia

Acara perbarisan dahului Hari Terakhir PAT Barsatu 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kali kedua, dimulakan dengan acara perbarisan oleh anggota parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi Bersatu, tiba pada pukul 8.25 pagi dan disambut oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama Timbalannya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Mahathir kemudiannya memeriksa perbarisan yang diketuai oleh Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin beserta 100 anggota Bersatu serta sayap Armada dan Srikandi.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu Bersatu “Perjuangan Kita”.
Selesai acara berkenaan, Dr Mahathir menuju ke Dewan Plenari PICC bagi menyaksikan sesi perbahasan PAT Bersatu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×