Warga emas cedera ketika daki Hutan Lipur Bukit Jambul - Utusan Malaysia

Warga emas cedera ketika daki Hutan Lipur Bukit Jambul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GRORGE TOWN – Anggota bomba terpaksa me­nempuh laluan denai yang curam sejauh kira-kita satu kilometer (km) untuk menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang cedera ketika mendaki bukit di Hutan Lipur Bukit Jambul di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa berusia 75 tahun itu dikatakan terjatuh ketika melakukan aktiviti tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi dan terpaksa dibantu pihaknya bagi membawa mangsa turun.

“Mangsa dikatakan mengalami kecederaan pada pergelangan kaki kiri akibat kejadian itu.

“Dia diusung dan dibawa turun sejauh kira-kira 1km ke kaki bukit oleh beberapa anggota bomba sebelum me­nerima rawatan daripada Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya kepada pembe­rita semalam.

Jurucakap itu berkata, mangsa yang stabil tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi yang tamat pada pukul 11.09 pagi itu dilakukan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×