Lapan maut termasuk bayi 3 bulan, kebakaran di Mumbai - Utusan Malaysia

Lapan maut termasuk bayi 3 bulan, kebakaran di Mumbai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI 18 Dis. – Lapan orang maut termasuk bayi berusia tiga bulan di Hospital ESIC Kamgar di Selatan pinggir bandar, Andheri semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu, kebakaran berlaku pada tingkat empat hospital kerajaan berkenaan.

Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Bandar itu memaklumkan seramai 140 orang yang lain termasuk pesakit, doktor dan jururawat berjaya diselamatkan dan sedang dirawat di bandar lain.

Punca kejadian masih belum diketahui namun pihak bomba menyatakan bahawa hospital itu belum menjalankan pemeriksaan keselamatan yang betul.

Timbalan Ketua Bomba di Maharashtra Industrial Development, M.D. Ogle berkata, bangunan itu dibina sekitar 1970 dan tiada audit keselamatan dijalankan.

“Ia terserah kepada penghuni untuk memohon pemeriksaan,” katanya.

Kebakaran sebegitu sering berlaku di India berikutan standard keselamatan buruk disamping penguatkuasaan peraturan yang longgar.

Pada Disember tahun lalu, sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran pada sebuah restoran popular di bandar itu.

Malah awal bulan itu, kebakaran di kedai manisan menyebabkan runtuhan bangunan dan membunuh 12 pekerja sedang tidur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×