Muhammad Adib dikenang sebagai wira negara - KPN - Utusan Malaysia

Muhammad Adib dikenang sebagai wira negara – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa dukacita ke atas pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan menganggap ia adalah kehilangan besar yang akan terus dikenang sebagai seorang wira negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan hari ini berkata, Allahyarham Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya telah mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang anggota bomba.

“Allahyarham Muhammad Adib telah mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar dan beliau akan terus dikenang sebagai seorang wira negara. 
 
“Sama-samalah kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada serta orang-orang yang soleh. Semoga keluarga juga rakan-rakan sepasukan Allahyarham tabah menghadapi ujian ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Fuzi menegaskan agar orang ramai tidak melakukan apa jua bentuk tindakan yang boleh membangkitkan sensitiviti demi mengelakkan tercetusnya situasi ketidaktenteraman awam dalam kalangan masyarakat.

“PDRM juga menasihati masyarakat supaya tidak membangkitkan sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafields pada November lepas.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×