JKM Terengganu sedia bekalan keperluan buat 35,000 mangsa banjir - Utusan Malaysia

JKM Terengganu sedia bekalan keperluan buat 35,000 mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah menyediakan barangan keperluan asas dan makanan  yang mampu menampung sehingga 35,000 mangsa pada satu-satu masa sepanjang musim tengkujuh ini.

Timbalan Pengarah JKM Terengganu, Norazaman Ab. Manaf berkata, stok keperluan asas dan makanan itu bukan sahaja mencukupi untuk mangsa banjir di negeri ini malah berupaya untuk disalurkan kepada negeri-negeri jiran yang turut terjejas dengan bencana itu sekiranya memerlukan.

“Kita telah membuat persediaan awal menempatkan sebahagian bekalan tersebut di 27 stor bencana negeri dan 143 pengkalan hadapan yang terdapat di setiap daerah di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebahagian bekalan yang disimpan di stor bencana negeri dan pengkalan hadapan seperti kain batik, kain pelikat, selimut, tuala, tilam dan lampin pakai buang itu telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir gelombang pertama hingga ketiga negeri ini baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau stok barangan keperluan dan makanan tersebut di Depoh Simpanan JKM Terengganu di Pulau Kerengga di sini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×