Dua pelajar Sekolah Tunas Bakti larikan diri dicari polis - Utusan Malaysia

Dua pelajar Sekolah Tunas Bakti larikan diri dicari polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR 18 Dis. – Polis sedang mengesan dua pelajar Sekolah Tunas Bakti Telok Ayer Tawar, Butterworth di sini selepas mereka dipercayai melarikan diri dari asrama semalam.

Pelajar lelaki yang berusia 14 dan 17 tahun berkenaan dilaporkan hilang kira-kira pukul 9.20 malam ketika pemeriksaan di dewan makan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pelajar tersebut didapati hilang semasa penjaga membuat panggilan nama di hadapan dewan makan.

“Mereka didapati tiada dalam baris dan dipercayai telah melarikan diri.

“Pencarian di sekitar kawasan Telok Ayer Tawar telah dilakukan namun kedua-dua suspek gagal ditemui,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×