KUALA LUMPUR- Meskipun tidak berjaya merangkul piala Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018, kerajaan tetap akan menghargai penat-lelah skuad Harimau Malaya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, pihaknya masih dalam proses mempertimbangkan jenis insentif yang akan diberi.
“Pemain-pemain menampakkan satu prestasi yang cukup hebat dalam perlawanan sepanjang AFF Suzuki 2018.
“Kita sedang mempertimbangkan galakan atau insentif yang akan diberikan. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat setelah satu keputusan dimuktamadkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa persidangan Dewan Negara di bangunan Parlimen di sini tengah hari tadi. – K! ONLINE










