Kawalan ketat pada Raja dadah El Chapo - Utusan Malaysia

Kawalan ketat pada Raja dadah El Chapo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 18 Dis. – Penyeludup dadah terbesar di dunia, Joaquin Guzman atau dikenali El Chapo diberikan kawalan paling ketat sehingga tidak dibenarkan memeluk isterinya di mahkamah di sini baru-baru ini.

Kawalan tersebut berikutan raja dadah itu bukan hanya menjadikan Kartel Sinaloa sebagai organisasi penyeludupan dadah terkuat dalam sejarah dunia malah kehebatannya melarikan diri dari penjara.

Portal All That’s Interesting melaporkan, El Chapo membuat permohonan untuk memeluk isterinya, Emma Coronel Aispuro namun tidak dibenarkan membuat sebarang sentuhan.

“Hakim Persekutuan Brooklyn, Brian Cogan menyatakan dia tiada pilihan meskipun simpati, menolak permintaan El Chapo untuk memeluk isterinya.

“Ianya bagi menghalang raja dadah itu daripada mengkoordinasi sebarang cubaan melarikan diri dari penjara atau mengatur serangan pada individu-individu yang bekerjasama dengan kerajaan,” katanya.

Perbicaraan El Chapo menjadi kes raja dadah berprofil tinggi yang pernah didakwa di Amerika Syarikat (AS) telah bermula di Mahkamah Persekutuan Brooklyn pada 13 November lalu.

Tambahnya, El Chapo pernah ditangkap tiga kali di Mexico dan terakhir menyaksikan dia diekstradisi ke AS pada Januari tahun lalu.

“Rasuah sebenarnya menjadi taktik El Chapo untuk melarikan diri dari penjara pada kali pertama pada 2001 dan kemudian ditangkap semula pada Februari 2014.

“Bagaimanapun setahun kemudian dia berjaya melarikan diri melalui rangkaian terowong yang dikorek berbulan-bulan dan akhirnya 8 Januari 2016 dia ditahan di Sinaloa, Mexico sebelum diekstradisi ke AS,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×