[VIDEO] Hampir 1,000 sambut 'kepulangan' Muhammad Adib - Utusan Malaysia

[VIDEO] Hampir 1,000 sambut ‘kepulangan’ Muhammad Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KEDAH 18 Dis. – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, tiba di kampung halamannya di Kampung Tebengau Tepi Laut, di sini kira-kira pukul 10.55 pagi ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang diiringi ibu bapanya, Mohd. Kassim Abdul Hamid dan Asma Aziz tiba di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau menaiki helikopter Mi17-iv dari Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang.

Helikopter yang membawa jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib  selamat mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah  pada pukul 10.29 pagi.

Dianggarkan kira-kira 1,000 penduduk tempatan dan orang ramai yang menunggu sejak pukul 8 pagi tadi di dalam dan luar kawasan sekolah itu, menyaksikan ‘kepulangan’ Muhammad Adib yang disahkan meninggal dunia malam tadi.

Sebaik tiba di sini, jenazah kemudian dibawa masuk ke dalam van jenazah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus dibawa ke kediaman ibu bapanya di Kampung Tebengau yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah itu.

Jenazahnya diuruskan mengikut istiadat kebombaan dengan seramai 200 anggota dan pegawai berpakaian uniform JBPM lengkap bersongkok mengiringi sehingga ke rumah ibu bapanya untuk penghormatan terakhir.

Jenazah ditemani ibu, bapa dan tunangnya diterbangkan dari Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Subang, Selangor pada 7.55 pagi tadi.

HELIKOPTER yang membawa jenazah Muhammad Adib tiba di kampung halaman Kuala Kedah. - UTUSAN ONLINE/
HELIKOPTER yang membawa jenazah Muhammad Adib tiba di kampung halaman Kuala Kedah. – UTUSAN ONLINE/ FARIZ RASUDIO

Setelah 21 hari bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu, Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.41 malam tadi di Institut Jantung Negara (IJN). – UTUSAN ONLINE

JENAZAH Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim tiba di kampung halamannya di Kampung Tebengau Tepi L

JENAZAH Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim tiba di kampung halamannya di Kampung Tebengau Tepi Laut di Kuala Kedah, Kedah, hari ini. – UTUSAN ONLINE/FARIS RASUDIO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×