Suasana pilu sambut ketibaan jenazah Allahyarham Adib - Utusan Malaysia

Suasana pilu sambut ketibaan jenazah Allahyarham Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Suasana sedih dan pilu menyelubungi pekarangan rumah keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim apabila jenazah anggota bomba itu tiba di rumah tersebut di Kampung Tebengau Tepi Laut di sini kira-kira pukul 10.55 pagi tadi.

Kira-kira 500 penduduk kampung dan saudara-mara hadir menyambut ketibaan jenazah Muhammad Adib, 24.

Terdahulu, jenazah tiba di Sekolah Kebangsaan Tebengau dengan helikopter pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Turut mengiringi jenazah ialah ibu bapanya, 
Mohd. Kassim Abdul Hamid, 63, dan Asma Aziz, 50, serta tunang arwah, Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25.

Muhammad Adib yang parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam satu kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ25, Subang Jaya, Selangor pada 27 November lalu meninggal dunia pada pukul 9.41 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×