Trump lulus bantuan petani AS$12 bilion - Utusan Malaysia

Trump lulus bantuan petani AS$12 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 18 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pihaknya telah meluluskan pembayaran pusingan kedua daripada pakej bantuan sehingga AS$12 bilion (RM50 bilion) bagi membantu golongan petani yang terkesan akibat perang perdagangan AS-China.

“Hari ini saya mengotakan janji saya untuk mempertahankan petani dan penternak daripada ‘pembalasan’ perdagangan yang tidak wajar oleh negara-negara asing.

“Saya telah memberi kuasa kepada Setiausaha Pertanian, Sonny Perdue untuk melaksanakan pembayaran Fasilitasi Pasaran kedua,” katanya.

Jabatan Pertanian AS (USDA) pada Julai lalu meluluskan program bantuan untuk petani selepas China mengenakan tarif 25 peratus ke atas pengeluaran kacang soya AS sebagai balasan terhadap tarif Amerika melibatkan barang-barang China.

Agensi itu telah menggariskan pusingan pertama pembayaran bantuan pada akhir Ogos lepas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×