United tenggelam gara-gara kepantasan Liverpool - Utusan Malaysia

United tenggelam gara-gara kepantasan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui skuad kendaliannya gagal menyaingi kemampuan fizikal serta kecergasan pemain Liverpool ketika tewas 1-3 pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Kemenangan ke atas United menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu terus mengungguli carta liga tanpa sebarang kekalahan selepas 17 perlawanan.

Walaupun kecewa de­ngan kekalahan itu, namun Mourinho menegaskan dia berasa gembira dengan kerja keras yang ditampilkan barisan pemainnya, lebih-lebih lagi berdepan pasukan berkualiti seperti The Reds.

“Pemain-pemain United­ sudah memberikan segala-galanya dan saya gembira dengan prestasi mereka. Kami bermain mengikut kualiti yang dimiliki, sama seperti corak permainan Liverpool pada perla­wanan ini.

“Mereka (Liverpool) sangat pantas dan agresif. Selain itu, mereka juga memiliki kelebihan dari segi fizikal. Saya kagum dengan aksi yang ditampilkan (Andrew) Robertson ke­rana dia sentiasa berlari,” kata Mou­rinho.

Dalam pada itu, bekas pengurus Chelsea itu akur dengan kekalahan tersebut selain memuji aksi tangkas ditampilkan penjaga gol, David de Gea yang menafikan percubaan-percubaan berbahaya daripada jentera serangan Liverpool.

“Saya akui Liverpool berhak untuk menang ke­rana mereka bekerja keras sepanjang perlawanan. De Gea juga beraksi cemerlang apabila menafikan banyak percubaan ber­bahaya daripada pasukan tuan rumah,” ujarnya.

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×